Resepi Brownies Kedut Penuh Rasa Coklat Yang Mudah
1) Guna coklat bar dari jenis dark compound ( brand cocorich/beryl/apa2 pilihan) untuk lebih rasa coklat.Kali ni kami gunakan brand cocorich.Memang guna dua brand ni ja lau dark compound coklat.
2) Alas loyang dengan parchment paper bukan baking paper supaya tidak melekat lansung.Parchment paper paling sesuai jika bab lekat2 ni.
3) Biarkan brownies betul-betul sejuk baru dipotong.Baru cantik.Makin sejuk dia makin berkedut.Jangan terburu-buru nak potong semasa panas.
4) Untuk elak rasa pahit,guna serbuk koko brand Van Houten.Mahal sikit takpe tuk keluarga,tapi berbaloi baloi rasa brownies anda.
Teringin nak makan brownies kedut? Jom cuba buat resepi brownies yang sangat senang dan mudah ni.Kami berikan lengkap video brownies dari a- z untuk anda cuba di rumah.Memang best tau brownies kedut ni
Jom tengok bahan-bahan untuk buat brownies kedut coklat ni.
113 gram mentega
75 gram tepung gandum
1 sudu teh vanila
2 biji telur ayam gred A
130 gram gula pasir
260 gram coklat bar dark compound
10 gram serbuk koko jenama Van Houten
Sila guna loyang bersaiz 8 ya.Cara penyediaan brownies ni pula seperti berikut.Anda boleh lihat lebih jelas dalam video tutorial yang kami berikan di bahagian atas dan bawah artikel ni ya. :
#1: Panasakan oven terlebih dahulu pada suhu 190’C dalam 15 minit.Biarkan.Panaskan kuali yang berisi air sehingga mendidih dan letak loyang bulat atau periuk.Cairkan mentega dan coklat bar.Ketepikan bila semuanya cair.Biarkan adunan sejuk sedikit/suam.
Teringin nak makan brownies kedut? Jom cuba buat resepi brownies yang sangat senang dan mudah ni.Kami berikan lengkap video brownies dari a- z untuk anda cuba di rumah.Memang best tau brownies kedut ni
#2: Sediakan bekas dan masukkan telur,esen vanilla bersama gula putih.Kacau laju sedikit supaya semuanya sebati.Tak perlu gunakan hand mixer atau blender.
#3: Bila dah sebati, tuang adunan coklat mentega tadi ke dalam bekas.Tengok video tutorial.Kacau sebati dan mula tambahkan sedikit demi sedikit tepung gandum serta serbuk koko.Tak perlu ditapis terlebih dahulu tepung gandum sebab tiada agen penaik digunakan dalam resepi brownies ni.
#4: Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci berbentuk 4 segi.Ratakan adunan dengan cara hentak dua ke tiga kali.
#5: Turunkan suhu oven kepada 170’C dan menggunakan api atas bawah, bakar brownies selama 25-30 minit bergantung pada oven anda.